Berkongsi tempat yang menyediakan makanan sedap, menarik, unik dan berbaloi untuk dikongsi bersama Food Hunter.

Tuesday, July 10, 2018

Ikan Bakar Pantai Jeram

Terletak di Jeram, Kuala Selangor, penggemar makanan laut boleh la masukkan restoran ini dalam senarai jalan-jalan cari makan.



Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram merupakan salah satu restoran ikan bakar yang tak kurang popular di kawasan ini.

Jangan pula tertukar dengan satu lagi restoran iaitu Aroma Ikan Bakar yang berdekatan dengan restoran ini.

Waktu kami sampai restoran baru buka dan masih tak ramai pelanggan jadi tak meriah sangat. Hujung minggu selalunya penuh dan service pun agak lambat, maklum la ramai pelanggan kan, jadi kena banyak bersabar.

Seperti restoran ikan bakar lain, menu utama sudah tentu makanan laut. Terdapat pelbagai jenis ikan dan makanan laut lain seperti ketam, sotong, udang dan macam-macam lagi yang jarang ditemui. Caranya hanya pilih jenis ikan atau makanan laut lain dan juga jenis masakan yang kita mahu. Pastikan anda tahu harga setiap gram makanan laut, agar tak terlebih bajet.



Dapatkan nombor dan di meja makan anda boleh membuat pesanan tambahan seperti minuman dan lauk tambahan yang diinginkan.


Suasana di sekeliling juga agak unik dan menenangkan kerana di tepi restoran terdapat beberapa bot yang diletak ditepi sungai. Pemandangan yang jarang kita lihat.

Kawasan yang luas dan boleh memuatkan ramai pelanggan dan paling penting kemudahan surau dan tandas yang selesa. Tidak perlu terkejar-kejar mencari tempat solat.

Rating makanan di sini 3/5. Memandangkan kami baru jer balik dari open house raya, hanya 3 jenis menu kami order.



Di sekitar restoran ini






Alamat restoran:

Jalan Pantai Jeram, 45800 Jeram Selangor

Facebook Ikan Bakar Pantai Jeram 

No comments:

Post a Comment