Berkongsi tempat yang menyediakan makanan sedap, menarik, unik dan berbaloi untuk dikongsi bersama Food Hunter.

Tuesday, August 7, 2018

Nasi Ayam Maharaja, Keramat Permai


Buat penggemar nasi ayam, mesti sudah tahu dan kenal benar dengan menu nan satu ni. Menu ini memang ringkas dan cukup menyelerakan. Nasi ayam satu menu lengkap yang mempunyai nasi, ayam, sup, sambal cili dan kicap serta hirisan timun, salad atau tomato menjadi pelengkap hidangan.

Kali ni admin nak kongsikan satu kedai nasi ayam best di Kuala Lumpur yang katanya cukup popular dikalangan penggemar nasi ayam iaitu Nasi Ayam Maharaja yang terletak di Keramat Permai. Kedai yang terletak di tepi jalan ni dikatakan selalu dipenuhi ramai orang dan laku keras.



Dengan harga RM5 kita akan dapat sepinggan nasi ayam dan air yang diberi percuma. Kali ni kami sekadar mahu tapau sahaja nasi ayam . Selain nasi ayam, kami juga turut order udang celup tepung yang katanya adalah menu baru di kedai ini. Selain tu sup kaki ayam juga turut kami tapau yang berharga RM2 sebungkus.


Admin mula kenal nasi ayam Maharaja sejak Ramadhan lepas apabila adik admin sendiri sering menceritakan keenakan nasi ayam ini yang turut dijual di baazar Ramadhan. Cuma kali ini baru berkesempatan datang ke kedai ini.

Apa yang menarik dengan nasi ayam Maharaja adalah pada ayamnya. Ayam dibakar dalam sebuah tempat pembakar dan digolek didalamnya.

Semasa kami sampai di kedai, pelanggan masih tidak ramai memandang kedai pun baru buka. Apalagi cepat la pesanan kami siap. Tak lama lepas kami, mula la kedai tu dipenuhi pelanggan lain yang juga mahu menikmati makan tengah hari di sini.

Setelah makan nasi ayam ni, pada saya rasanya biasa saja dan yang sedap pun pada ayamnya. Rasanya masa makan di bulan Ramdhan hari tu rasanya lagi sedap. Jadi untuk peminat nasi ayam boleh la singgah dan cuba sendiri di Nasi Ayam Maharaja ini. Menu yang murah dan ringkas tapi mengenyangkan perut.



Untuk tahu apa lagi yang ada selain nasi ayam kena la singgah sendiri di kedai ini. Pada yang nak tahu lokasi kedai ini boleh la lihat di Facebook Nasi Ayam Maharaja sendiri di SINI


Alamat:
Jalan AU1A, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment