Destinasi Makanan Terbaik

Berkongsi tempat yang menyediakan makanan sedap, menarik, unik dan berbaloi untuk dikongsi bersama Food Hunter.

Tuesday, September 4, 2018

September 04, 2018

Anis Putri Gulai Kawah

Assalamualaikum buat pembaca, kali ni admin nak kongsikan satu lagi tempat makan yang best dan menarik untuk uolls terjah. Mungkin ramai yang dah tahu akan kewujudan restoran ini, pada yang belum mari kita terjah tempat ni.

Restoran ini memang sesuai sangat la untuk uolls yang sukakan pelbagai lauk pauk terutamanya dari Pantai Timur. 

Makan tengah hari akan lebih meriah dengan banyak pilihan makanan dari gulai kawah , ayam kampung percik, ulam-ulaman dan banyak lagi. Rambang mata saat nak pilih lauk saja. Itu belum lagi dengan beraneka jenis kuih yang kadang admin pun tak pernah tahu walau asal dari Kelantan.

Okeh tak nak membuang masa meh la admin kenalkan pada uolls Restoran Anis Putri Gulai Kawah yang terletak di Jalan Pantai Dalam bersebelahan dengan laluan KTM.

Kawasan ni agak sesak terutama waktu tengah hari memandangkan banyak juga kedai makan di kawasan ini. Dan paling ramai diterjah dah tentu restoran ini.




Pada hujung minggu lepas admin sampai di restoran ni waktu tengah hari lebih kurang jam 12.30 , orang ramai mula memenuhi restoran. Nasib baik la dapat juga admin makan di ruang dalam. Restoran ni ada indoor dan outdoor jadi pilih la mana sempat. Pelanggan pula kalau dah peak hour memang penuh.


Bermacam-macam hidangan yang ada dari gulai kawah, ayam percik, ikan singgang dan banyak lagi. Tak lupa ulam-ulaman di samping penambah selera orang Pantai Timur khususnya Kelantan apa lagi kalau bukan budu, dan ada juga jenis sambal lain mana tahu tak makan budu kan.

Dalam banyak-banyak lauk gulai kawah memang di cari, rambang mata tau sebab banyak sangat pilihan.


Setiap aneka lauk pauk diletak di satu kawasan, sila la ambil sendiri lauk yang anda ingini. Tapi ingat ye, ambil tu biar berpada dan jangan ikut nafsu makan semata dan tidak membazir.

Restoran ni agak besar juga jadi boleh muat ramai pelanggan. Tiap kali teringin makan masakan Pantai Timur, restoran ni antara tempat kegemaran admin.

Cuma yang kurang di sini kawasan parking yang terhad. Walau ada tempat khas untuk parking kereta, masih tak mencukupi. Punya la ramai yang nak makan di sini. Parking la di tepi jalan j.

Rating makan di sini 4/5

Alamat: Jalan Pantai Dalam , 59200 Kuala Lumpur

Facebook : Restoran Anis Putri Gulai Kawah



Thursday, August 9, 2018

August 09, 2018

1 Chopati Keramat Mall antara tempat pilihan untuk bersarapan

Kali ni saya ada urusan di UTC Keramat Mall, selesai urusan terus jalan-jalan cari makan. Di sini banyak pejabat kerajaan yang menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan, memudahkan kita untuk berurusan bila satu tempat ada banyak pejabat kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya..

Selain tu, terdapat juga kedai lain tapi tak sempat pula saya nak singgah semua tempat perut pula dah berbunyi tanda minta di isi. Jadi marilah kita cari kedai makan.

Terdapat banyak gerai makan dengan bermacam pilihan, tinggal pilih jer mana berkenan. Owh iya ini pertama kali saya sampai di sini.

Dalam jalan-jalan tu terpandang la satu kedai ni, One Chopati di satu sudut bangunan. Tertarik nak bersarapan capati pula pagi ni. Sekali sekala tukar menu sarapan pagi best juga. Nak pula bila sarapan tu sangat mengenyangkan dan simple. Rasanya dah lama sangat tak makan capati jadi bila nampak j kedai ni rasa nak cuba tu menjadi-jadi pula.

Ini ruang mereka menyediakan hidangan. Nampak papan kecil hijau tu? nampaknya Jalan-jalan cari makan TV3 pernah sampai di kedai ni. Jadi apa tunggu lagi meh la datang singgah dan nikmati sendiri keenakan capati di sini.

Setelah membuat pesanan makanan berdasarkan menu yang tertera di depan kedai, akhirnya sampai juga apa yang di nanti.

Inilah apa yang saya pesan, hidangan ini biasa dan sama saja dengan capati yang lain. Kuah keema daging pun agak sedap sampai licin kuah tu saya makan. Paling penting makanan ni mengenyangkan dengan harga berpatutan dengan menu.Untuk hidangan di atas saya ambil set keema daging harganya RM6 tidak termasuk air.

Menariknya One Chopati turut menyediakan perkhidmatan penghantaran siap ada food truck lagi tau. Boleh la tanya sendiri untuk lebih maklumat.


Suasana di pagi hari. Pelanggan silih berganti 

Nak tahu mana tempat ni boleh lihat alamat di bawah. Kawasan parking agak terhad kerana tempat ini menjadi tumpuan ramai nak pula Mini UTC Keramat Mall ni berhadapan dengan stesen LRT Damai jadi faham-faham la bila parking asik penuh jer.



Tuesday, August 7, 2018

August 07, 2018

Nasi Ayam Maharaja, Keramat Permai


Buat penggemar nasi ayam, mesti sudah tahu dan kenal benar dengan menu nan satu ni. Menu ini memang ringkas dan cukup menyelerakan. Nasi ayam satu menu lengkap yang mempunyai nasi, ayam, sup, sambal cili dan kicap serta hirisan timun, salad atau tomato menjadi pelengkap hidangan.

Kali ni admin nak kongsikan satu kedai nasi ayam best di Kuala Lumpur yang katanya cukup popular dikalangan penggemar nasi ayam iaitu Nasi Ayam Maharaja yang terletak di Keramat Permai. Kedai yang terletak di tepi jalan ni dikatakan selalu dipenuhi ramai orang dan laku keras.



Dengan harga RM5 kita akan dapat sepinggan nasi ayam dan air yang diberi percuma. Kali ni kami sekadar mahu tapau sahaja nasi ayam . Selain nasi ayam, kami juga turut order udang celup tepung yang katanya adalah menu baru di kedai ini. Selain tu sup kaki ayam juga turut kami tapau yang berharga RM2 sebungkus.


Admin mula kenal nasi ayam Maharaja sejak Ramadhan lepas apabila adik admin sendiri sering menceritakan keenakan nasi ayam ini yang turut dijual di baazar Ramadhan. Cuma kali ini baru berkesempatan datang ke kedai ini.

Apa yang menarik dengan nasi ayam Maharaja adalah pada ayamnya. Ayam dibakar dalam sebuah tempat pembakar dan digolek didalamnya.

Semasa kami sampai di kedai, pelanggan masih tidak ramai memandang kedai pun baru buka. Apalagi cepat la pesanan kami siap. Tak lama lepas kami, mula la kedai tu dipenuhi pelanggan lain yang juga mahu menikmati makan tengah hari di sini.

Setelah makan nasi ayam ni, pada saya rasanya biasa saja dan yang sedap pun pada ayamnya. Rasanya masa makan di bulan Ramdhan hari tu rasanya lagi sedap. Jadi untuk peminat nasi ayam boleh la singgah dan cuba sendiri di Nasi Ayam Maharaja ini. Menu yang murah dan ringkas tapi mengenyangkan perut.



Untuk tahu apa lagi yang ada selain nasi ayam kena la singgah sendiri di kedai ini. Pada yang nak tahu lokasi kedai ini boleh la lihat di Facebook Nasi Ayam Maharaja sendiri di SINI


Alamat:
Jalan AU1A, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur

Saturday, July 14, 2018

July 14, 2018

LAMBOGI Arabic & Western, Damansara Utama

foto dar FB lambogi nasi arab & pasta

LAMBOGI Arabic & Western |  Jika ke Damansara Utama boleh la singgah di restoran yang menyajikan masakan Arab yang kian mendapat tempat di kalangan penduduk Malaysia.

Bertambah menarik restoran nan satu ini bukan sekadar menyajikan makanan arab saja, makanan barat turut dihidangkan menambah pilihan makanan buat pelanggan.

Dua budaya dengan gaya masakan berbeza dari Arab dan barat dihidangkan dalam satu restoran. Memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan, penggemar masakan Arab dan barat boleh duduk bersama menikmati hidangan masing-masing.

Seperti Restoran Arab lain, menu di sini juga sama dengan lain, namun yang membezakan sesuatu restoran adalah kualiti dan harga makanan.

Masakan Arab Asli

Lambogi menyediakan makanan Arab asli dari Yemen, Syrian  dan Timur Tengah. Sepinggan nasi arab mampu mengenyangkan perut. Mahu lihat budaya dari Timur Tengah elok la singgah di restoran Arab dan lihat sendiri aneka makanan dan budaya mereka melalui makanan.

Paling saya suka nasi itu sendiri yang penuh dengan aroma herba arab ditambah dengan lauk ayam atau kambing yang enak dan lembut. Nasi Arab menu wajib yang tak pernah tinggal untuk dicuba.

foto FB Lambogi nasi arab & pasta

Jika makan bersama keluarga atau kawan dalam kuantiti yang ramai, nasi Arab biasanya dihidangkan dalam dulang besar seperti budaya dari negara Arab yang suka makan beramai-ramai di dalam sebuah dulang. Tapi di restoran ini jangan pula risau pinggan turut disediakan.


Makanan Barat turut dihidangkan

Selain makanan Arab, di sini juga menyediakan pelbagai menu barat seperti pasta, crispy chicken dan banyak lagi seperti di menu.

Senarai menu di Restoran Lambogi



foto FB Lambogi nasi arab & pasta


Hiasan restoran sesuai dengan hidangan.

Dekorasi restoran juga teratur dan nampak indah serta selesa. Sesuai untuk family atau rakan yang ramai.

Untuk restoran yang baru beroperasi tak sampai setahun, ini sebuah restoran yang patut di cuba dan setanding dengan restoran nasi Arab lain. Harga turut dipaparkan di menu dan berbaloi, selain staff yang mesra dan baik sedia melayan permintaan anda.



Kawasan restoran ini agak padat dan banyak kenderaan, untuk parking selain di deretan kedai berhampiran, saya juga turut diberitahu kita boleh parking di kawasan tabung haji.

Restoran Lambogi ini berhadapan dengan RHB bank dan Texas Chicken dan juga sederet dengan Restoran Nasi Kandar Salam.



Promosi Di Lambogi






Rating makanan di sini 4/5


Alamat :

56, Jalan SS 21/58, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya Selangor.

Facebook : Lambogi Nasi Arab & Pasta 


Tuesday, July 10, 2018

July 10, 2018

Ikan Bakar Pantai Jeram

Terletak di Jeram, Kuala Selangor, penggemar makanan laut boleh la masukkan restoran ini dalam senarai jalan-jalan cari makan.



Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram merupakan salah satu restoran ikan bakar yang tak kurang popular di kawasan ini.

Jangan pula tertukar dengan satu lagi restoran iaitu Aroma Ikan Bakar yang berdekatan dengan restoran ini.

Waktu kami sampai restoran baru buka dan masih tak ramai pelanggan jadi tak meriah sangat. Hujung minggu selalunya penuh dan service pun agak lambat, maklum la ramai pelanggan kan, jadi kena banyak bersabar.

Seperti restoran ikan bakar lain, menu utama sudah tentu makanan laut. Terdapat pelbagai jenis ikan dan makanan laut lain seperti ketam, sotong, udang dan macam-macam lagi yang jarang ditemui. Caranya hanya pilih jenis ikan atau makanan laut lain dan juga jenis masakan yang kita mahu. Pastikan anda tahu harga setiap gram makanan laut, agar tak terlebih bajet.



Dapatkan nombor dan di meja makan anda boleh membuat pesanan tambahan seperti minuman dan lauk tambahan yang diinginkan.


Suasana di sekeliling juga agak unik dan menenangkan kerana di tepi restoran terdapat beberapa bot yang diletak ditepi sungai. Pemandangan yang jarang kita lihat.

Kawasan yang luas dan boleh memuatkan ramai pelanggan dan paling penting kemudahan surau dan tandas yang selesa. Tidak perlu terkejar-kejar mencari tempat solat.

Rating makanan di sini 3/5. Memandangkan kami baru jer balik dari open house raya, hanya 3 jenis menu kami order.



Di sekitar restoran ini






Alamat restoran:

Jalan Pantai Jeram, 45800 Jeram Selangor

Facebook Ikan Bakar Pantai Jeram 

Saturday, June 30, 2018

June 30, 2018

Half Moon Restaurant, Seri Kembangan

Antara pilihan restoran masakan Arab dengan pelbagai pilihan menu yang tak kurang enaknya dan yang penting harga masih berpatutan. Terletak di Seri Kembangan, Restoran Half Moon menyajikan pelbagai jenis masakan Arab, dari nasi hingga ke pencuci mulut.

Menu utama setiap pelanggan yang datang ke sini pasti akan memilih menu nasi Arab. Nasi Arab sendiri mempunyai pelbagai aneka pilihan seperti royal chicken, Royal lamb , kabsah lamb dan banyak lagi.

Antara nasi Arab yang telah kami cuba.

Royal Lamb

Royal Chicken

Setakat yang kami telah cuba, nasi arab di sini tidak mengecewakan dan setiap kali makan pasti akan licin dan kenyang.

Minuman pula kami lebih gemar memilih teh pudina yang disediakan dalam small pot. Owh iya, untuk sup kita kena ambil sendiri di sudut yang disediakan. Apabila sampai terus la memanggil pelayan untuk ambil pesanan, jika ramai kemungkinan mereka tidak perasan akan anda.

Jika datang dengan kawan atau keluarga yang ramai, boleh la order nasi Arab yang dihidang di atas dulang. Pasti lebih meriah dan menyeronokkan.

Tempat letak kereta di kawasan restoran ini juga banyak dan mudah dicari, di sekitar restoran ini juga terdapat restoran arab lain yang dah tentu dari segi dekorasi lebih menarik dan mungkin berbeza dari segi harga.


RESTORAN HALF MOON

15 - 1, Jalan SP 2/8, Taman Serdang Perdana, 
43300 Seri Kembangan, Selangor

Saturday, September 16, 2017

September 16, 2017

Bedouin Arabian Cuisine, TTDI Kuala Lumpur

Terletak di Taman Tun Dr Ismail, benda pertama yang menarik perhatian mata  ialah dekorasi restoran yang menarik dan tenang. Di sambut pelayan yang sedia menanti, dan diberi buku menu unuk membuat pesanan.

Sambil menanti makanan sampai sempat juga melihat sekeliling restoran, suasana dalam restoran ini sangat selesa dan tersusun sangat santai.

Tiap kali ke restoran Arab, nasi sentiasa jadi pilihan




Layanan pelayan sangat bangus, tiap kali kami memerlukan sesuatu mereka cepat datang membantu. Jika ke Bedouin Arabian Cuisine, tak perlu tergesa-gesa mencari tempat solat, di sini turut menyediakan ruang solat di sebuah bilik kecil di suatu sudut restoran.

Harga juga sangat berpatutan ditambah pula dengan dekorasi eksklusif dan layanan yang baik buat kita akan berkunjung lagi.


BEDOUIN ARABIAN CUISINE

6 Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr ismail, Kuala Lumpur